Terma Dan Syarat Program Affiliate (Rahmaniaga Sdn Bhd)
Program Affiliate ini adalah PERCUMA.
Ia membolehkan ahli memperoleh pendapatan (komisen) dengan meletakkan link pautan di media
social mereka seperti, Facebook, Whatsapp Instagram, Youtube dan lain-lain untuk mengiklankan
produk Rahmaniaga Sdn Bhd. Sebarang jualan pelanggan lakukan melalui link khas tersebut, secara
automatik ahli akan memperoleh komisen.
Terma dan Syarat Program Affiliate yang disediakan oleh Rahmaniaga Sdn Bhd ini mewakili keseluruhan
perjanjian dan persefahaman antara Rahmaniaga Sdn Bhd dan ahli yang menyertai Program Affiliate.
Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti kerana ia merupakan perjanjian yang mengikat secara sah
antara ahli dan Rahmaniaga Sdn Bhd. Dengan menjadi ahli dalam Program Affiliare ini, anda secara
langsung bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
Rahmaniaga Sdn Bhd boleh menamatkan keahlian & akaun Affiliate anda pada bila-bila masa, dengan
atau tanpa notis atas apa jua sebab yang diputuskan syarikat, atau jika melanggar Terma dan Syarat
Program Affiliate ini, atau menjalankan apa jua aktiviti Program Affiliate yang melanggar undang-
undang, menyalahi kaedah yang syarikat tentukan atau merosakkan reputasi syarikat serta mana-mana
pihak lain.
Pihak syarikat BERHAK meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat yang telah
ditetapkan tanpa persetujuan daripada ahli affiliate, bergantung kepada keperluan semasa demi
kebaikan semua pihak.
Pendaftaran Akaun Affiliate Dan Syarat
Pemohon perlulah berumur lebih daripada 18 tahun ke atas untuk menyertai Program Affiliate ini.
Pemohon perlu memberikan maklumat pendaftaran yang sah seperti nama, nombor telefon, emel bagi
melengkapkan proses pendaftaran untuk akaun affiliate.
Pendaftaran adalah PERCUMA. Tiada sebarang yuran pendaftaran untuk mereka yang mendaftar
sebagai Ahli Affiliate Rahmaniaga Sdn Bhd buat kali pertama.
Setiap ahli affiliate hanya dibenarkan mendaftar 1 AKAUN sahaja.
Tanggungjawab Affiliate
Ahli Affiliate bertanggungjawab untuk menerangkan produk yang dikeluarkan Rahmaniaga Sdn Bhd
kepada pelanggan atau khalayak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Rahmaniaga Sdn Bhd.
Ahli Affiliate hendaklah menjaga imej dirinya dan pihak Rahmaniaga Sdn Bhd dari semasa ke semasa.
Segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan berkaitan pihak Rahmaniaga Sdn Bhd,
ahli Affiliate perlu memaklumkan aduan tersebut terus kepada pihak Rahmaniaga Sdn Bhd.
Semua ahli Affiliate hendaklah menunjukkan prestasi jualan yang baik dalam masa satu (1) bulan untuk
mengekalkan status sebagai Affiliate. Keahlian boleh ditamatkan jika ahli affiliate tidak membuat
sebarang jualan dalam masa 1 bulan atau tidak mencapai prestasi jualan yang ditentukan syarikat.
Untuk sebarang promosi di luar skop yang dinyatakan oleh pihak syarikat, Ahli Affiliate perlu kemukakan
surat bertulis beserta cadangan promosi kepada pihak Rahmaniaga Sdn Bhd dan hendaklah mendapat
kelulusan bertulis daripada pihak Rahmaniaga Sdn Bhd.
Tanggungjawab Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd bertanggungjawab untuk menerangkan produk keluaran Rahmaniaga Sdn
Bhd kepada Affiliate mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd akan membantu dari sudut khidmat nasihat & apa jua keperluan yang
berkaitan kepada Ahli Affiliate untuk memasarkan produk dengan lebih cekap & efisien.
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd bertanggungjawab untuk memantau harga produk di dalam pasaran.
Tanggungjawab Bersama
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd dan Ahli Affiliate akan bekerjasama dalam memasarkan dan menjenamakan
Buku Bahagia Menjiwai Kalam Ilahi untuk diterima dan dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya.
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd bersedia untuk menerima pandangan, cadangan dan aduan dari Ahli Affiliate
untuk tujuan penambahbaikkan bersama.
Ahli Affiliate perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak syarikat dan
sentiasa memberikan sokongan kepada pihak Rahmaniaga Sdn Bhd.
Status Affiliate
Ahli Affiliate perlu melakukan promosi agar berjaya membuat jualan SETIAP BULAN untuk mengekalkan
status sebagai Affiliate Aktif.
Jumlah jualan adalah tidak kurang dari Rm 100 sebulan. Sekiranya ahli affiliate mencapai jualan di
bawah Rm 100 selama 2 bulan berturut-turut, akaun affiliate anda akan bekukan.
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd berhak menetapkan termasuk menukar nilai komisen dan kelayakan Affiliate
dari semasa ke semasa. Untuk Affiliate yang tidak aktif, pihak Rahmaniaga Sdn Bhd akan mengenalpasti
faktor-faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut dan tindakan penambahbaikan termasuk
tindakan penamatan sebagai ahli akan diambil.
Untuk mengaktifkan semula akaun affiliate, anda perlu membuat pendafataran semula.
Pembatalan Kelayakan Affiliate
Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh Ahli Affiliate, secara langsung
kelayakan & status sebagai Ahli Affiliate akan terbatal dengan serta-merta tanpa sebarang notis.
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd juga mempunyai hak sepenuhnya membatalkan mana-mana Ahli Affiliate
sekiranya didapati bermasalah atau terdapat aduan dari pihak pelanggan dengan bukti yang kukuh.
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd berhak mengubah syarat dan terma di atas tanpa sebarang notis dari semasa
ke semasa untuk kepentingan pihak Rahmaniaga Sdn Bhd.
Medium Pengiklanan Dan Penggunaan Kreatif
Ahli affiliate hendaklah memasarkan produk berpandukan syarat, harga, tema, skop serta kaedah yang
dinyatakan & diakui sah oleh pihak syarikat sahaja.
Ahli affiliate hendaklah menggunakan teknik promosi yang betul. Anda tidak dibenarkan sama sekali
menggunakan sebarang teknik spam, blackhat, greyhat atau sebarang kaedah yang tidak beretika.
Ahli Affiliate perlu membuat promosi melalui medium ONLINE sahaja. Sebarang pembelian produk yang
dilakukan secara offline tidak akan mendapat komisen kerana sistem tidak dapat merekodka
pembelian tersebut.
Ahli Affiliate akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi aktiviti pemasarannya sendiri. Semua aktiviti
pemasaran mestilah profesional dan mematuhi syarat-syarat pengiklanan. Jika affiliate ingin membuat
konten kreatif sendiri, ia dibenarkan dengan syarat tiada sebarang unsur penipuan, kesalahan fakta,
penambahan informasi atau apa jua maklumat ’misleading’ yang tidak disahkan tepat oleh pihak
syarikat di mana ia boleh mengelirukan pengguna. Untuk memastikan ia sahih, ahli disarankan
mendapatkan pandangan dari pihak Rahmaniaga Sdn Bhd terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya
pelanggaran polisi atau isu berbangkit.
Ahli affiliate tidak dibenarkan membuat pembelian produk melalui link affiliate sendiri. Sekiranya ia
dilakukan, komisen yang terhasil tidak akan dibayar dan akaun affiliate akan dibatalkan.
Untuk jualan terbuka seperti ‘pasar malam’, ‘pasar tani’, ‘pasar pagi’, ‘car booth’, membuka gerai di
kawasan masjid, surau dll atau jualan di medium online lain seperti shopee, lazada, mudah.my, 11street,
amazon, ebay adalah dilarang sama sekali untuk mengelakkan aktiviti ’buang harga’ & perkara lain di
luar kawalan syarikat atau menyebabkan reputasi pihak syarikat tercalar. Jika didapati ia berlaku,
keahlian akan ditamatkan serta merta.
Ahli Affiliate dikehendaki mempunyai applikasi TELEGRAM / WHATSAPP bagi memudahkan perkongsian
maklumat dan gambar. Keseluruhan kreatif berkaitan pengiklanan akan diberikan melalui medium
tersebut atau medium lain yang pihak syarikat tentukan.
Harga Produk
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd berhak menetapkan harga jualan untuk setiap produk yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa.
Ahli Affiliate dilarang sama sekali melakukan perubahan seperti menurunkan harga tanpa mendapat
memo atau surat pengesahan daripada pihak Rahmaniaga Sdn Bhd. Tindakan tatatertib termasuk
penamatan keahlian serta merta akan diambil untuk Ahli Affiliate yang tidak mematuhi harga yang di
tetapkan.
Komisen
Kadar komisen yang telah ditetapkan oleh pihak Rahmaniaga Sdn Bhd adalah 15% berdasarkan harga
jualan produk yang pihak syarikat tetapkan. Kadar komisen ini boleh berubah pada bila-bila masa oleh
pihak Rahmaniaga Sdn Bhd. Komisen yang diterima akan dibayar pada setiap 1-7 haribulan pada bulan
baru.
Bonus
Pihak Rahmaniaga Sdn Bhd akan memberikan bonus kepada Affiliate yang menunjukkan peningkatan
jualan produk Buku Bahagia Menjiwai Kalam Ilahi yang memberangsangkan. Bonus yang diberikan
adalah tertakluk kepada budi bicara pihak Rahmaniaga Sdn Bhd.
Pemulangan Produk
Setiap produk yang telah dibeli daripada pihak Rahmaniaga Sdn Bhd boleh diganti sekiranya:
Produk yang diterima rosak (buku terkoyak, diconteng, salah cetak atau lain-lain) dengan syarat,
tawaran ini sah dalam tempoh sebulan dari tarikh pembelian.
Lain-lain masalah pada produk yang membawa kesan kepada kualiti produk.
Saya sebagai bakal ejen affiliate, telah BERSETUJU untuk mematuhi segala syarat dan terma program affiliate di laman web ini.
- Saya faham bahawa sekiranya saya melanggar mana-mana terma dan syarat program affiliate ini, akaun saya boleh digantung ataupun dimansuhkan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notifikasi.
- Saya berjanji akan melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM.
- Saya berjanji tidak akan menggunakan sebarang bahan promosi yang boleh merosakkan nama perniagaan laman web ini.
- Saya berjanji tidak akan menggunakan nama-nama organisasi, trademark, copyright, golongan professional dan apa jua bentuk nama yang dilindungi dalam aktiviti promosi saya.
- Saya mengakui bahawa segala butiran yang saya daftarkan di atas adalah butiran yang tepat dan sah.
Dengan menghantar butiran pendaftaran ini, saya akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan laman web ini.